Showing posts with label Langkah. Show all posts
Showing posts with label Langkah. Show all posts

Thursday, 17 March 2011

Langkah Mengatasi Vandalisme(Petikan)

Kita perlu memperhalusi punca masalah yang dibangkitkan untuk mengatasi masalah vandalisme. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membendung gejala ini. Mereka harus bersikap lebih prihatin dan mengambil berat tentang anak. Ibu bapa patut dijadikan model dan mendidik anak-anak mengamalkan amalan murni sejak kecil lagi. Ibu bapa harus memberi teguran terhadap anak-anak yang melakukan vandalisme supaya mereka tidak terus bersalah.

Di samping itu, peranan sekolah tidak dapat dinafikan dalam apa jua masalah yang melibatkan remaja. Warga Malaysia dididik menjadi insan yang mempunyai jati diri, berilmu dan beramal. Guru-guru menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran di kelas. Sekolah wajar mengenakan hukuman setimpal terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme di sekolah. Dalam waktu yang sama, aktiviti kempen, pertandingan kelas terbersih sekolah perlu dijalankan secara lebih kerap.

Gejala vandalisme akan menimbulkan pelbagai kesukaran kepada anggota masyarakat. Kita seharusnya menghargai kemudahan awam yang disediakan supaya dapat menggunakannya pada waktu kecemasan. Oleh itu, semua pihak patut menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan masyarakat.

Langkah Mengatasi Vandalisme

1. Menjalankan kempen kesedaran
- Pihak berkuasa seperti kerajaan dan pihak polis harus bekerjasama menjalankan kempen kesedaran.

2. Meningkatkan pengajaran Sivik dan Moral
- Pihak sekolah harus memastikan setiap murid mendapat pengetahuan yang mendalam tentang gejala vandalisme dan juga mendapat kesedaran tentang keburukkan gejala vandalisme.

3. Meningkatkan rondaan
- Pihak polis harus meningkatkan rondaan di kawasan yang selalu berlaku vandalisme dan semua pesalah tidak kira siapa harus ditangkap.

4. Mengenakan hukuman berat
- Kerajaan harus mengenakan hukuman berat terhadap pesalah. Kerajaan juga harus menguatkuasakan Akta yang sedia ada supaya gejala ini dapat dibendung.

5.

Langkah Mengatasi Vandalisme

Di peringkat sekolah, keburukan gejala sosial seperti vandalisme perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, setiap pelajar akan menyuburkan perasaan kasih sayang mereka kepada tanah air. Setiap warganegara Malaysia yang patriotik pastinya tidak akan melakukan apa-apa sahaja perbuatan yang akan mencacatkan imej negara tercinta.
Disingkap dari perspektif lain,ibu bapa juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Dalam usaha memburu kejayaan dan mengumpulkan kekayaan, ibu bapa tidak wajar melupakan tanggungjawab dalam membentuk anak-anak menjadi insan yang berbudi luhur dan berdisiplin. Ibu bapa yang sedar akan tanggungjawab mereka itu perlu memastikan bahawa anak-anak akan menjauhi kancah sosial, seperti vandalisme. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memberi didikan agama yang sempurna kerana insan yang bertakwa kepada Tuhan akan menjauhi aktiviti yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Didikan sebegini sewajarnya diberikan sejak zaman kanak-kanak umpama melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Disamping itu, setiap individu perlu memainkan peranan bagi mengelakkan diri sendiri daripada terjebak dalam gejala vandalisme. Di peringkat sekolah, pelajar perlu bijak memilih rakan supaya tidak terpengaruh oleh ajakan negatif. Dalam rumah tangga pula, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada dengan betul kerana anak-anak akan mencontohi perbuatan dan gelagat ibu bapa. Sementara itu anggota masyarakat pula harus menegur setiap perilaku atau perbuatan yang menjurus kepada angkara vandalisme.
(suntingan daripada blog.ayie.com)