Thursday 17 March 2011

Gambar

Langkah Mengatasi Vandalisme(Petikan)

Kita perlu memperhalusi punca masalah yang dibangkitkan untuk mengatasi masalah vandalisme. Ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membendung gejala ini. Mereka harus bersikap lebih prihatin dan mengambil berat tentang anak. Ibu bapa patut dijadikan model dan mendidik anak-anak mengamalkan amalan murni sejak kecil lagi. Ibu bapa harus memberi teguran terhadap anak-anak yang melakukan vandalisme supaya mereka tidak terus bersalah.

Di samping itu, peranan sekolah tidak dapat dinafikan dalam apa jua masalah yang melibatkan remaja. Warga Malaysia dididik menjadi insan yang mempunyai jati diri, berilmu dan beramal. Guru-guru menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran di kelas. Sekolah wajar mengenakan hukuman setimpal terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme di sekolah. Dalam waktu yang sama, aktiviti kempen, pertandingan kelas terbersih sekolah perlu dijalankan secara lebih kerap.

Gejala vandalisme akan menimbulkan pelbagai kesukaran kepada anggota masyarakat. Kita seharusnya menghargai kemudahan awam yang disediakan supaya dapat menggunakannya pada waktu kecemasan. Oleh itu, semua pihak patut menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini demi kesejahteraan masyarakat.

Langkah Mengatasi Vandalisme

1. Menjalankan kempen kesedaran
- Pihak berkuasa seperti kerajaan dan pihak polis harus bekerjasama menjalankan kempen kesedaran.

2. Meningkatkan pengajaran Sivik dan Moral
- Pihak sekolah harus memastikan setiap murid mendapat pengetahuan yang mendalam tentang gejala vandalisme dan juga mendapat kesedaran tentang keburukkan gejala vandalisme.

3. Meningkatkan rondaan
- Pihak polis harus meningkatkan rondaan di kawasan yang selalu berlaku vandalisme dan semua pesalah tidak kira siapa harus ditangkap.

4. Mengenakan hukuman berat
- Kerajaan harus mengenakan hukuman berat terhadap pesalah. Kerajaan juga harus menguatkuasakan Akta yang sedia ada supaya gejala ini dapat dibendung.

5.

Langkah Mengatasi Vandalisme

Di peringkat sekolah, keburukan gejala sosial seperti vandalisme perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Moral, setiap pelajar akan menyuburkan perasaan kasih sayang mereka kepada tanah air. Setiap warganegara Malaysia yang patriotik pastinya tidak akan melakukan apa-apa sahaja perbuatan yang akan mencacatkan imej negara tercinta.
Disingkap dari perspektif lain,ibu bapa juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Dalam usaha memburu kejayaan dan mengumpulkan kekayaan, ibu bapa tidak wajar melupakan tanggungjawab dalam membentuk anak-anak menjadi insan yang berbudi luhur dan berdisiplin. Ibu bapa yang sedar akan tanggungjawab mereka itu perlu memastikan bahawa anak-anak akan menjauhi kancah sosial, seperti vandalisme. Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memberi didikan agama yang sempurna kerana insan yang bertakwa kepada Tuhan akan menjauhi aktiviti yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri. Didikan sebegini sewajarnya diberikan sejak zaman kanak-kanak umpama melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Disamping itu, setiap individu perlu memainkan peranan bagi mengelakkan diri sendiri daripada terjebak dalam gejala vandalisme. Di peringkat sekolah, pelajar perlu bijak memilih rakan supaya tidak terpengaruh oleh ajakan negatif. Dalam rumah tangga pula, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada dengan betul kerana anak-anak akan mencontohi perbuatan dan gelagat ibu bapa. Sementara itu anggota masyarakat pula harus menegur setiap perilaku atau perbuatan yang menjurus kepada angkara vandalisme.
(suntingan daripada blog.ayie.com)

Kesan-Kesan Vandalisme


Diri sendiri :-
Masa depan kita akan gelap
Tidak berwawasan
Merugikan diri sendiri kerana tidak mendapat
     menggunakan lagi harta benda awam yang kita telah
     rosakkan

Masyarakat :-
Masyarakat tidak lagi dapat menggunakan kemudahan
     yang telah dirosakkan
Masyarakat perlu mengeluarkan wang untuk membaiki
     harta benda awam yang telah rosak
Masyarakat akan pandang rendah kepada kita

Keluarga :-
Berasa malu kepada masyarakat
Keluarga tersebut perlu bertanggungjawab atas
     kerosakkan harta benda awam
Dapat memburukkan nama keluarga

Punca-Punca Vandalisme

1. Ingin meluahkan rasa terbuka atau tekanan perasaan

2. Pengaruh rakan sebaya
-Kebanyakan masa terluang remaja akan dihabiskan untuk bergaul dengan rakan sebaya. Pergaulan seseorang akan menentukan sahsiah diri seorang.

Contoh Karangan tentang Vandalisme

Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rata-ratanya perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang terpengaruh dengan budaya `punk’ dan `rock’ dart Barat.
Vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori remaja. Pertama, perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh mereka yang hanya ingin mengecapi keseronokan berbuat demikian. Mereka mungkin berbuat demikian sekadar untuk menghabiskan masa lapang. Kedua, golongan remaja yang mengalami konflik jiwa yang hebat. Remaja yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian menyebabkan mereka melakukan vandalisme untuk menarik perhatian orang ramai. Ketiga, golongan yang terdiri daripada mereka yang tidak puas hati dengan keadaan diri dan masyarakat. Keempat, golongan remaja yang dilamun cinta. Vandalisme yang dilakukan oleh golongan ini bertumpu di tamantaman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Golongan ini dikuasai dorongan emosi diri.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, belanja yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang bukannya sedikit.
Vandalisme juga boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Sekiranya didapati kedai orang Cina diconteng oleh remaja Melayu atau India, berkemungkinan ia akan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara kaum. Ini akan menyukarkan lagi usaha mewujud perpaduan kaum dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, sekali gus mengancam keselamatan dan kestabilan negara.
Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan. Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Benarkah begitu? Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Kalau perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan perbuatan vandalisme. Oleh itu, penyelesaian dan jalan keluar perlu dicari seperti menyediakan tempat khas untuk para remaja meluahkan isi hati.
Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tidak ada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian.
Kesimpulannya, masyarakat boleh memainkan peranan penting memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Misalnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja patut mendidik anak-anak dengan contoh teladan baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak timbul fenomena kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
(CONTOH KARANGAN VANDALISME)
suntingan dari http://mazlan66.wordpress.com

Selamat Datang

Selamat Datang!

Ini merupakan sebahagian daripada projek yang kami menjalankan untuk Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik  TIngkatan 5 yang bertajuk "Usaha Memerangi Gejala Vandalisme"

Kumpulan kami berharap agar blog ini dapat memberikan serba sedikit maklumat tentang vandalisme kepada seluruh warga Malaysia.